Aaron Mokhtar, adalah salah seorang peserta rancangan realiti The Biggest Loser Asia dimana beliau merupakan peserta terakhir yang mewakili negara kita Malaysia. Seorang seorang bapa yang mempunyai 2 orang anak.
Beliau berkerja sebagai “COPYWRITER” sering tidak mempunyai masa untuk bertemu anak beliau kerana anaknya masih tidur ketika beliau pergi kerja dan pulang dari kerja juga anaknya sudah tidur lena. Jadi masa untuk bersama anak beliau kurang. Beliau menyatakan sering keletihan ketika bersama-sama dengan anak2 beliau. Ini disebabkan masalah berat badan serta kesihatan beliau. Disebabkan masalah itu Aaron berniat untuk menyertai pertandingan ini. Pada mulanya beliau merasa malu untuk menyertai tetapi apabila memikirkan tentang anak-anak beliau bertekad untuk menyertai THE BIGGEST LOSER ASIA.

Aaron mengalami kenaikan berat badan ketika 4 tahun yg lepas. Beliau tidak mengamalkan kehidupan yg sihat dalam aktiviti harian beliau disebabkan masa beliau hanya fokus untuk kerjaya. Sebelum ini beliau merupakan seorang yang aktif dalam sukan sentiasa mewakili sekolah, kolej dalam bidang sukan hoki, rugby dan bola sepak.
Bermulanya aaron dalam rancangan ini berat badan beliau adalah 159kg. Setelah 10 minggu beliau bertahan dengan memberi komitmen serta semangat untuk menurunkan berat badan akhirnya sehingga kini beliau telah berjaya menurunkan berat sebanyak 37kg.
Beliau kini bersaing dengan 7 orang peserta yang terdiri dari TONY (THAILAND), DAVID (INDONESIA),MARILYN (SINGAPORE), MARTHA (HONG KONG), CARLOS (PHILIPHINE), dan KEVIN (PHILIPHINE). Dapat kah aaron mengekalkan diri beliau sehingga ke peringkat akhir rancangan THE BIGGEST LOSER ASIA dan merangkul gelaran “Orang Paling Banyak Hilang”. Saksikan episode terkini di CHANNEL HALLMARK di ASTRO (CH702) pada pukul 9pm setiap hari selasa. Kita sebagai rakyat Malaysia berharap dan sentiasa berdoa kepada Aaron agar beliau dapat menjuarai dalam rancangan realiti ini.

0 comments:
Post a Comment